Peluang untuk Pengusaha Restoran

 
Sekarang ini kami sedang melancarkan kempen awal untuk melantik pengusaha restoran untuk menjadi KREW kami. Kami memberi peluang kepada pengusaha restoran meraih pendapatan tambahan selain dari urusniaga dalam bidang makanan dan minuman. Mereka berpeluang untuk menerima komisyen berjumlah sehingga 50% dari hasil jualan “airtime” ruang iklan kami dan juga “pembangunan jingle” bagi “airtime” berkenaan yang dipesan oleh pelanggan mereka.
 
Pelanggan akan memesan “airtime” dan “kandungan jingle” dari pengusaha berkenaan. Kami akan menghadiahkan pulangan sebanyak 50% dari hasil jualan sebagai keuntungan. Agak lumayan!
 
Apa yang kami minta pengusaha restoran buat ialah hanya memainkan siaran radio kami (sebuah gajet khas akan kami berikan kepada peserta) sepanjang operasi mereka. Pihak kami akan menghadiahkan iklan percuma restoran mereka ke seluruh dunia dengan kadar 3 kali setiap hari pada waktu puncak.
Inilah kolaborasi yang kami bawa kepada pengusaha restoran yang ingin menyertai program ini.
Selamat Maju Jaya.