OGY OSMAN mula bersama kami...

Siapa yang tidak kenal dengan DJ Popular Ogy Osman? Beliau sudah mula bersama kami untuk beberapa siaran percubaan. Kami merasakan bahawa kehadiran Ogy akan lebih memberi semangat kepada krew kami untuk melonjakkan lagi persembahan kami di dalam industri penyiaran ini.

Kami sedang dan akan terus merangka dan merancang sesuatu yang berfaedah kepada pendengar dan pengiklan kami semoga rancangan yang kami aturkan akan menjadi kesukaan mereka. Doakan kami agar terus berjaya!