MERAIKAN KEPELBAGAIAN BAHASA DUNIA

Berita menarik yang kita semua mahu tahu ialah SYSALQ RADIO telah mula mendapat tempat dihati Generasi Ke 2 (Gen 2). Orang-orang muda bijakpandai ini (malah ada yang mempunyai PHD dan sedang dalam pengajian PHD) telah memerah fikiran kreatif mereka untuk menghasilkan Siri Program yang amat menarik berkaitan dengan amalan Bahasa Utama Dunia. Sekarang ini mereka sedang berusaha melakukan R&D, penapisan dan pemperosesan rakaman. Tunggu sehingga kemunculan di udara. Harap bersabar!

Di bawah foto: DJ Farhan dan DJ Husna

abar