Laman Utama

Tawaran untuk menjadi USAHAWAN MEDIA SYSALQ RADIO

Sebagai sebuah stesyen radio dalam talian (online), kami didengari oleh seluruh pelusuk dunia. Terbaru, kami mendapati hampir 30 ribu pendengar dari Amerika Syarikat sentiasa berada disamping corong radio kami. Bayangkan ruang lingkup yang begitu luas yang kami berjaya liputi. Bayangkan jika pengusaha IKS kita mempromosi produk mereka melalui siaran radio kita...apakah kesannya?
 
SYSALQ RADIO bukan berseorangan dalam kerja-kerja promosi kerana kami mempunyai rangkaian yang sangat berkesan. Pelbagai mod media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog dan lain-lain media sosial yang kami rangkaikan. Oleh itu aktiviti viraliti atau penularan sesuatu produk sangat berkesan dan sangat pantas.
 
Jika anda menjadi KREW kami maka anda akan menjadi sebahagian dari rangkaian aktif yang amat berharga. Bukan sahaja anda menjadi seorang usahawan yang berdaya maju malah anda mendapat pulangan kewangan yang amat menggembirakan. Sudah tentu anda akan diberikan kelengkapan untuk turun padang dan ini termasuklah dokumen penting urusniaga dan tag nama yang memelihara integriti anda sebagai “orang kami”. Anda adalah moderator yang menjelaskan bagaimana proses mempromosi dijalankan dan bagaimana SYSALQ RADIO dan rangkaiannya menambah nilai kepada modal rendah yang diberikan oleh klien.
 
Bayangkan klien hanya perlu melabur sebanyak RM50 untuk mendapatkan 1 minit “airtime” dan mendapat liputan lebih dari 7 kali seminggu untuk selama 2 bulan. Cukup murah!!! Tiada stesyen radio lain yang melakukan promosi sebegini murah.
 
Sebagai KREW apa yang anda dapat? Oleh kerana promosi atau iklan berkenaan diperkenalkan oleh anda maka anda berhak terhadap 25% sehingga 50% dari jumlah langganan yang berjaya anda perolehi. Seronok bukan? Disamping berjaya membantu usahawan IKS tempatan dalam perniagaan mereka anda pula menerima habuan yang membuatkan anda terus tersenyum!
 
Kami boleh beri percuma kepada KREW sejumlah “airtime” yang kemudiannya boleh diperkenalkan kepada klien untuk dilanggan. Anda mendapat keuntungan besar tanpa sebarang komitmen. Walau pun sangat beruntung tetapi pakar perniagaan mengesahkan kaedah sedemikian rupa akan membuatkan KREW tidak diberi cabaran bagi memberikan komitmen. Oleh itu SYSALQ RADIO memperkenalkan sedikit komitmen terhadap jumlah “airtime” yang ditawarkan. Jangan bimbang...ianya sangat rendah dan berbaloi! Sila Whatsapp ke 0197142633 dan bertanyalah tentang perkara ini.