Laman Utama

Peluang untuk Pengusaha Restoran

 
Sekarang ini kami sedang melancarkan kempen awal untuk melantik pengusaha restoran untuk menjadi KREW kami. Kami memberi peluang kepada pengusaha restoran meraih pendapatan tambahan selain dari urusniaga dalam bidang makanan dan minuman. Mereka berpeluang untuk menerima komisyen berjumlah sehingga 50% dari hasil jualan “airtime” ruang iklan kami dan juga “pembangunan jingle” bagi “airtime” berkenaan yang dipesan oleh pelanggan mereka.
 
Pelanggan akan memesan “airtime” dan “kandungan jingle” dari pengusaha berkenaan. Kami akan menghadiahkan pulangan sebanyak 50% dari hasil jualan sebagai keuntungan. Agak lumayan!
 
Apa yang kami minta pengusaha restoran buat ialah hanya memainkan siaran radio kami (sebuah gajet khas akan kami berikan kepada peserta) sepanjang operasi mereka. Pihak kami akan menghadiahkan iklan percuma restoran mereka ke seluruh dunia dengan kadar 3 kali setiap hari pada waktu puncak.
Inilah kolaborasi yang kami bawa kepada pengusaha restoran yang ingin menyertai program ini.
Selamat Maju Jaya.

Peluang Untuk Bakat Sebagai Slinger (Wartawan Freelance)

Sebagai radio yang memberi khidmat kepada rakyat marhain maka adalah amat wajar dan penting ada wakilnya yang berada bersama masyarakat. Mereka melaporkan pelbagai aktiviti masyarakat termasuklah aktiviti di sekolah dan sistem pendidikan.
 
Oleh itu SYSALQ RADIO memerlukan “Slinger” yang hebat ini yang berada di padang dan memberikan ulasan selari (live telecast) tentang apa yang sedang berlaku.  Hubungi kami melalui whatsup 0197142633

Tawaran untuk menjadi USAHAWAN MEDIA SYSALQ RADIO

Sebagai sebuah stesyen radio dalam talian (online), kami didengari oleh seluruh pelusuk dunia. Terbaru, kami mendapati hampir 30 ribu pendengar dari Amerika Syarikat sentiasa berada disamping corong radio kami. Bayangkan ruang lingkup yang begitu luas yang kami berjaya liputi. Bayangkan jika pengusaha IKS kita mempromosi produk mereka melalui siaran radio kita...apakah kesannya?
 
SYSALQ RADIO bukan berseorangan dalam kerja-kerja promosi kerana kami mempunyai rangkaian yang sangat berkesan. Pelbagai mod media seperti Facebook, Instagram, Twitter, Blog dan lain-lain media sosial yang kami rangkaikan. Oleh itu aktiviti viraliti atau penularan sesuatu produk sangat berkesan dan sangat pantas.
 
Jika anda menjadi KREW kami maka anda akan menjadi sebahagian dari rangkaian aktif yang amat berharga. Bukan sahaja anda menjadi seorang usahawan yang berdaya maju malah anda mendapat pulangan kewangan yang amat menggembirakan. Sudah tentu anda akan diberikan kelengkapan untuk turun padang dan ini termasuklah dokumen penting urusniaga dan tag nama yang memelihara integriti anda sebagai “orang kami”. Anda adalah moderator yang menjelaskan bagaimana proses mempromosi dijalankan dan bagaimana SYSALQ RADIO dan rangkaiannya menambah nilai kepada modal rendah yang diberikan oleh klien.
 
Bayangkan klien hanya perlu melabur sebanyak RM50 untuk mendapatkan 1 minit “airtime” dan mendapat liputan lebih dari 7 kali seminggu untuk selama 2 bulan. Cukup murah!!! Tiada stesyen radio lain yang melakukan promosi sebegini murah.
 
Sebagai KREW apa yang anda dapat? Oleh kerana promosi atau iklan berkenaan diperkenalkan oleh anda maka anda berhak terhadap 25% sehingga 50% dari jumlah langganan yang berjaya anda perolehi. Seronok bukan? Disamping berjaya membantu usahawan IKS tempatan dalam perniagaan mereka anda pula menerima habuan yang membuatkan anda terus tersenyum!
 
Kami boleh beri percuma kepada KREW sejumlah “airtime” yang kemudiannya boleh diperkenalkan kepada klien untuk dilanggan. Anda mendapat keuntungan besar tanpa sebarang komitmen. Walau pun sangat beruntung tetapi pakar perniagaan mengesahkan kaedah sedemikian rupa akan membuatkan KREW tidak diberi cabaran bagi memberikan komitmen. Oleh itu SYSALQ RADIO memperkenalkan sedikit komitmen terhadap jumlah “airtime” yang ditawarkan. Jangan bimbang...ianya sangat rendah dan berbaloi! Sila Whatsapp ke 0197142633 dan bertanyalah tentang perkara ini.

Mengapa kami namakan mereka sebagai KREW (bukannya Agen)?

 
Farween Banu adalah ikon kami. Beliau adalah KREW kami. Mengapa kami kategorikan Farween sebagai KREW? Sebabnya Farween memainkan pelbagai peranan secara serentak. Bukan sahaja beliau bertindak sebaga Slinger (Freelance - Wartawan Bebas) tetapi beliau juga adalah Usahawan Media Sysalq Radio. Sebagai Slinger beliau menerima elaun khas berdasarkan laporan jalanan dan Siri Siaran Rancangan yang diterbitkan. Jumlah elaun bergantung kepada jumlah siri yang diterbitkan per bulan. Namun apa yang lebih menarik lagi ialah beliau mempunyai potensi untuk menambah pendapatan melalui Program Usahawan Media Sysalq Radio. Apakah maknanya Usahawan Media Sysalq Radio?
 
Usahawan Media Sysalq Radio merupakan “entreprenuer” yang berinisiatif tinggi yang diberi LESEN untuk mempromosi kemudahan sistem pengiklanan Sysalq Radio. Di sini mereka bertindak sebagai wakil Sysalq Radio yang menawarkan “airtime (masa keudara)” bagi iklan-iklan pelanggan yang mahukan iklan mereka muncul dalam siaran Sysalq Radio yang dipancarkan ke seluruh dunia. Dengan hanya RM50 maka iklan masa keudara (seminit hingga dua minit - airtime) akan keudara setiap hari selama 2 bulan. Jika didapati sistem berkenaan berkesan kepada pelanggan mereka maka pelanggan boleh terus melanggan “airtime” secara bulanan dengan kos hanya RM50. Begitulah seterusnya. Apakah yang diperolehi oleh Usahawan Media sebagai pulangan untuk mereka? Mereka menerima komisyen jualan “airtime” sebanyak dari 25% hingga 50% dari jumlah pendapatan yang diterima oleh SYSALQ RADIO yang dipromosi oleh para usahawan ini. Bayangkan jika terdapat 10 pelanggan yang melanggan iklan pada setiap bulan? Kami tidak hanya menawarkan masa keudara sepanjang 1-2 minit sahaja. Bagaimana jika para pelanggan mahukan “airtime” yang lebih panjang? Cuba kira berapa pulangannya kepada Para Usahawan Media? Berbaloikan?
 
Sebab itulah gelaran KREW lebih menepati. Oleh itu kami berbesar hati menjemput anda menjadi KREW kami agar kita bersama menjadikan SYSALQ RADIO sebagai wadah pemikiran rakyat marhain serta memberi peluang pendapatan kepada golongan belia khususnya.
 
Jika berminat untuk menjadi KREW kami seperti Farween..sila Whatsup Kami di 0197142633

Skedul Siaran Bulan Nov 2016 Bhg 3